Wednesday, July 10, 2019

MAKANAN UNTUK DIET DAN SIHAT

   Hai guys,bombom hari ini nak share sikit tentang makanan untuk diet dan sihat yang boleh di amalkan setiap hari.


   makanan yang dipanggang adalah jauh lebih sihat berbanding makanan yang digoreng atau makanan yang bergulai.Kandungan kalorinya berbeza seperti langit dan bumi.Memasak dengan cara panggang jugak jauh lebih mudah.Anda sediakan bahan perapan dan letakkan di atas pemanggang.Kali ini  nak bawakan satu resepi ayam panggang kerana ia cepat di jamin rasa yang lazat dan mengenyangkan.


 1.Resepi ayam panggang:



Bahan-bahan resepi:

  • Ayam setengah ekor 
  • Bawang putih 4 ulas
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Madu 3 sudu besar
  • Halia 2 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  •  Didihkan air sekejap,kemudian rebus ayam separuh masak,angkat dan toskan.Nota:sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa,boleh sahaja terus perap. 
  •  Kemudian,tumbuk lada hitam,bawang putih dan halia.
  • Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk kicap,sos tiram,madu dan garam.
  • Perap untuk 30 minit.Tapi lagi lama lagi sedap.
  • Akhir sekali,panggangkan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.
    
   Okey guys,sampai sini sahaja blog hari ini yang mana bombom dapat share pada uolls dan selamat mencuba jangan lupa fallow bombom untuk mendapatkan tips-tips yang seterusnya.Tq





Monday, July 1, 2019

RAMUAN UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI

    Hai guys,bombom hari ini nak share sikit tentang satu ramuan ubat tradisional yang masih di amalkan sehingga kini.Ramuan ini khas untuk yang menghidap penyakit hipertensi(tekanan darah tinggi). 


    Pesakit hipertensi perlu mengambil ubat seumur hidup.Kebosanan mengambil ubat moden menyebabkan pesakit hipertensi beralir arah dengan mencuba ubat tradisional.Penggunaan ubat tradisional  ini memerlukan pengawasan dari kementerian kesihatan.Kawalan harian untuk mengetahui tekanan darah dan keadaan fizikal perlu ditekankan kepada pesakit hipertensi yang menggunakan ubat tradisional agar kejadian tidak diingini berlaku.


1.RAMUAN UNTUK HIPERTENSI                                                  

Jus Timun


Bahan-bahan ramuan:

  • Mentimun segar 2 biji.

Cara pembuatan:

  •  Mentimun dibersihkan  terlebih dahulu , kemudian diparut.Hasil parutan diperah dan disaring.Seterusnya diminum.

Kaedah penggunaan:

  •  Minum 2-3 kali sehari.

Kebaikan:

  • Timun ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah.
  • Timun sangat baik merawat tekanan darah tinggi.
  • Timun jugak mengandungi zat seperti kalsium,zat besi,magnesium,fosforus,vitamin A,vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C.


Okey guys,sampai sini sahaja blog hari ini yang mana bombom dapat share pada uoll dan selamat beramal jangan lupa follow bombom untuk mendapatkan tips-tips yang seterusnya.





Wednesday, June 26, 2019

Ramuan Ubat Batuk

Bombom nak share ramuan macam mana nk mengatasi penyakit influenza seperti sakit kepala , demam , badan mengigil dan batuk ini semua merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus di saluran pernafasan.Selain dari ambil ubat yang disarankan oleh doctor boleh jugak gunakan resepi herba atau tradisional.

Pelbagai ramuan untuk merawat Gejala-gejala influenza.Berikut merupakan ramuan yang sesuai  untuk mengatasi gejala penyakit influenza antaranya:-

Ramuan untuk mengatasi demam atau mengurangkan panas 

  • Bahan : labu air 4 jari , daun bayam 25 gram , 1 sudu besar air limau nipis dan 1/2 gelas air masak.
  • Penyediaan : Cuci labu air dan bayam , kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan air masak. Masukkan limau nipis , perah dan tapis.
  • Penggunaan : ramuan ini boleh terus diminum , 2 kali sehari.
Mengatasi demam :
caranya dengan mengambil ramuan
air limau nipis,bayam dan labu air .



ok nanti bombom akan share lagi ramuan dan perubatan tradisonal yang lain-lain.Jangan lupa follow bombom alwan ok...terima kasih 




MAKANAN UNTUK DIET DAN SIHAT

   H ai guys,bombom hari ini nak share sikit tentang makanan untuk diet dan sihat yang boleh di amalkan setiap hari.    makanan yang d...