Bombom nak share ramuan macam mana nk mengatasi penyakit influenza seperti sakit kepala , demam , badan mengigil dan batuk ini semua merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus di saluran pernafasan.Selain dari ambil ubat yang disarankan oleh doctor boleh jugak gunakan resepi herba atau tradisional.
Pelbagai ramuan untuk merawat Gejala-gejala influenza.Berikut merupakan ramuan yang sesuai untuk mengatasi gejala penyakit influenza antaranya:-
Ramuan untuk mengatasi demam atau mengurangkan panas
- Bahan : labu air 4 jari , daun bayam 25 gram , 1 sudu besar air limau nipis dan 1/2 gelas air masak.
- Penyediaan : Cuci labu air dan bayam , kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan air masak. Masukkan limau nipis , perah dan tapis.
- Penggunaan : ramuan ini boleh terus diminum , 2 kali sehari.
![]() |
Mengatasi demam : caranya dengan mengambil ramuan air limau nipis,bayam dan labu air . |