makanan yang dipanggang adalah jauh lebih sihat berbanding makanan yang digoreng atau makanan yang bergulai.Kandungan kalorinya berbeza seperti langit dan bumi.Memasak dengan cara panggang jugak jauh lebih mudah.Anda sediakan bahan perapan dan letakkan di atas pemanggang.Kali ini nak bawakan satu resepi ayam panggang kerana ia cepat di jamin rasa yang lazat dan mengenyangkan.
1.Resepi ayam panggang:
Bahan-bahan resepi:
- Ayam setengah ekor
- Bawang putih 4 ulas
- Kicap manis 3 sudu besar
- Madu 3 sudu besar
- Halia 2 inci
- Lada hitam 1 sudu kecil
- Sos tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Didihkan air sekejap,kemudian rebus ayam separuh masak,angkat dan toskan.Nota:sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa,boleh sahaja terus perap.
- Kemudian,tumbuk lada hitam,bawang putih dan halia.
- Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk kicap,sos tiram,madu dan garam.
- Perap untuk 30 minit.Tapi lagi lama lagi sedap.
- Akhir sekali,panggangkan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.
Okey guys,sampai sini sahaja blog hari ini yang mana bombom dapat share pada uolls dan selamat mencuba jangan lupa fallow bombom untuk mendapatkan tips-tips yang seterusnya.Tq